Selasa, 27 Mei 2025

Perodua Malaysia Masters 2025

Perodua Malaysia Masters 2025

Lokasi:
Axiata Arena Bukit Jalil
 
Alamat:
L2-E-10, Enterprise 4, Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Bukit Jalil, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (20 - 25 Mei 2025)
 
Harga Tiket:
RM 20 (Pusingan Kedua, Sepanjang Hari)

Tarikh Lawatan:
22 Mei 2025
 
 
Perodua Malaysia Masters 2025 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil menjadi lokasi yang dikunjungi pada petang ini selepas bersenam di Padang Kota Damansara (Taman Kota @ PJ) pada sebelah pagi.
 
Hujan lebat disebelah petang menyebabkan diri basah kuyup semasa tiba di Axiata Arena Bukit Jalil. Kena keringkan baju dalam dewanlah nanti.

22/0/2025: Waktu Ini Sahaja Harga Tiket Paling Murah

22/0/2025: Naik Ke Tingkat Atas

22/0/2025: Ramai Juga Pengunjung Petang Ini

22/0/2025: Panjang Nak Beratur Beli Makanan Ini

22/0/2025: Berdenyut Jantung Bila Ada Atlet Cabar Keputusan Pengadil

22/0/2025: Lihat Empat Perlawanan Terus Satu Masa

22/0/2025: Menjenguk Ke Bawah

22/0/2025: Cari Tandas Dulu Sebelum Pulang

22/0/2025: Masa Tak Mengizinkan Untuk Terokai Gerai Makanan Yang Ada

22/0/2025: Pintu Keluar

22/0/2025: Dalam Perjalanan Pulang

Hanya sempat meluangkan masa beberapa jam sahaja disini atas sebab perlu pulang selepas pukul 5.00 petang. Sampai pun pukul 2.15 petang selepas terpaksa menempuhi hujan lebat sepanjang perjalanan (naik motosikal).
 
Tak sempat nak terokai pekara menarik yang ada selain menonton pertandingan yang berlangsung hari ini. Datang meraikan (sebab ada orang belanja tiket masuk) dan untuk satu pengalaman yang istimewa dalam hidup.
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan