Selasa, 6 Februari 2018

Valley View Gardenia

Valley View Gardenia

Lokasi:
Valley View Gardenia

Alamat:
69000 Genting Highlands,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
12 Mac 2017

Valley View Gardenia menjadi lokasi tunggal yang dilawati semasa bersiar-siar di Genting Highlands. Terletak berdekatan dengan Theme Park Hotel, Valley View Gardenia menjanjikan permandangan lembah bukit yang indah untuk ditatapi oleh pelawat. 

Genting Highlands

Kemaskini pada 27/03/2024

Genting Highlands

Lokasi:
Genting Highlands

Alamat:
69000 Genting Highlands,
Pahang.

Alamat Sesawang:
https://www.rwgenting.com/home/

Tarikh Lawatan:
16 Mei 2010 (Kali Ke-1)
12 Mac 2017 (Kali Ke-2)
10 Februari 2018 (Kali Ke-3)
06 Mei 2018 (Kali Ke-4)
09-10 Julai 2020 (Kali Ke-5)

Lokasi Persinggahan:
Genting Cable Car
Genting Strawberry Leisure Farms
Happy Bee Farm & Insect World
Mini Cameron Highlands Garden

SkyAvenue Shopping Mall
Skytropolis @ Indoor Theme Park
Valley View Gardenia

Tempat Tinggal:
Resort World Awana


Taman Tema Genting Highland (Outdoor Theme Park) menjadi lokasi percutian sekeluarga pada kali pertama. Kedatangan kali ini menaiki Genting Cable Car (laluan lama).
 
Perjalanan diteruskan menuju ke Genting Highlands dari Genting Sempah selepas melalui Jalan Gombak. Perjalanan kali ini agak mencabar disebabkan perlu menempuhi laluan yang curam untuk sampai ke puncak. Dengan kekuatan yang terbatas yang dimiliki oleh motorku, dengan rela hati terpaksa membiarkan lori memotong dengan selambanya. (Lawatan kali kedua)
 
Bagi lawatan kali ketiga dan keempat, lokasi persinggahan hanya sekitar kaki bukit Genting Highland sahaja. Tidak sanggup untuk merempit naik atas lagi.
 
Bagi lawatan kali kelima, kedatangan ke puncak genting kali ini menaiki Genting Cable Car (laluan baru).

Jumaat, 2 Februari 2018

Muzium Orang Asli

Muzium Orang Asli

Lokasi:
Muzium Orang Asli

Alamat:
KM 14, Jalan Pahang Lama Gombak,
Kampung Batu Dua Belas Gombak,
53100, Selangor.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma

Alamat Sesawang:

Tarikh Lawatan:
12 Mac 2017 (Kali Ke-1)
23 Februari 2022 (Kali Ke-2)

Lokasi persinggahan pertama adalah Muzium Orang Asli yang terletak berdekatan Hospital Orang Asli Gombak.  

Bagi lawatan kali kedua, Muzium Orang Asli menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas mendaki Bukit Guling Ayam.

Kembara Epik 2017 (Jalan Gombak-Genting Sepah)

Kembara Epik 2017 (Jalan Gombak-Genting Sepah)

Destinasi Perjalanan:
Dari Jalan Gombak Ke Genting Sepah

Masa Perjalanan:
8.00 pagi - 9.00 pagi

Tarikh Lawatan:
12 Mac 2017 (Ahad)

Pengangkutan:
Motor Honda Future 125

Lokasi Persinggahan:
Muzium Orang Asli
The Jungle Lodge Alang Sedayu
Zoom Bamboo Rimba

Kembara hari ini bermula dengan menaiki motor menuju ke Genting Highland melalui Jalan Gombak. Di laluan ini juga menjadi lokasi tumpuan bagi penunggang basikal terutama dihujung minggu.

Disini juga menjadi lokasi latihan dan ujian untuk saya bagi mendapatkan lesen motosikal (2005) dan kereta (2013).

Khamis, 1 Februari 2018

Bukit Batu Condong

Bukit Batu Condong

Lokasi:
Bukit Batu Condong

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Jalan Taman Zooview,
Kampung Kemensah,
68000 Ampang, Selangor.

Waktu Pendakian:
9.00 - 11.00 pagi

Taraf Kesukaran:
Mudah ke Sederhana

Tarikh Lawatan:
11 Mac 2017 (Kali Ke-1)
01 Februari 2019 (Kali Ke-2)

Bukit Batu Condong menjadi destinasi seterusnya bagi siri pendakian selepas Bukit Broga. Pendakian kali ini tidak berseorangan sebaliknya berteman. Mengikut rancangan asal, pendakian hari ini sepatutnya bertiga tetap atas sebab-sebab tertentu, hanya dua orang sahaja yang mendaki pada hari ini.

Bagi lawatan kali kedua, pendakian hari ini melibatkan tiga orang termasuk saya. Kali ini jadi pemandu pelancong pula.