Rabu, 7 Mac 2018

Kawasan Rehat Tanah Rata

Kawasan Rehat Tanah Rata

Lokasi:
Kawasan Rehat Tanah Rata

Alamat:
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
23 April 2017

Kawasan Rehat Tanah Rata yang terletak di bahagian hadapan daerah Tanah Rata menjadi lokasi persinggahan yang terakhir selepas melawat Cameron Valley Tea House, sebelum meneruskan perjalanan menuruni Tanah Tinggi Cameron menuju ke Tapah.

Cameron Valley Tea House

Cameron Valley Tea House

Lokasi:
Cameron Valley Tea House

Alamat:
34.5 Mile Cameron Highlands,
39000 Tanah Rata,
Pahang.

Waktu Operasi:
8.30 pagi - 6.00 petang (Isnin - Jumaat)
8.00 pagi - 7.00 petang (Sabtu & Ahad)

Harga Tiket:
RM 3 (Dewasa)
RM 15 (Tren)

Alamat Sesawang:
http://www.bharattea.com.my/

Tarikh Lawatan:
23 April 2017 (Kali Ke-1)
07 Januari 2018 (Kali Ke-2)
14 Oktober 2020 (Kali Ke-3)

Cameron Valley Tea House menjadi lokasi lawatan seterusnya selepas bersiar-siar di Taman Pertabalan Tanah Rata (lawatan kali pertama).

Bagi lawatan kali kedua, Cameron Valley Tea House menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Big Red StrawberryFarm.

Cameron Valley Tea House menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi The Sheep Sanctuary. Pengunjung diberi tempoh masa selama 30 minit untuk menikmati permandangan di kaki ladang teh berdekatan dengan air terjun. Selepas itu trem akan turun kembali ke bawah untuk mengambil pengunjung.

Taman Pertabalan Tanah Rata

Taman Pertabalan Tanah Rata

Lokasi:
Taman Pertabalan Tanah Rata

Alamat:
39000 Tanah Rata,
Cameron Highlands,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
23 April 2017 (Kali Ke-1)
13 Oktober 2020 (Kali Ke-2)

Selepas singgah sebentar di Meiko Strawberry Souvenir Centre untuk sesi bergambar, Taman Pertabalan Tanah Rata menjadi tempat persinggahan seterusnya. Pada masa ini jam menunjukkan pukul 5.21 petang. Perjalanan ke Tapah masih jauh lagi. Oleh kerana saya masih belum makan tengah hari, selepas bersiar-siar disekeliling taman, tiba masa untuk makan di gerai perhampiran.

Taman Pertabalan Tanah Rata menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas daftar masuk ke tempat penginapan di Parkland Apartment.

Meiko Strawberry Souvenir Centre


Lokasi:
Meiko Strawberry Souvenir Centre

Alamat:
No 27, Jalan Besar,
Brinchang,
39100 Tanah Rata, Pahang.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 10.30 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
23 April 2017 (Kali Ke-1)
15 Julai 2018 (Kali Ke-2)

Meiko Strawberry Souvenir Centre menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas lawatan singkat di S'Corner Center Market. Lokasi ini juga antara tempat yang tidak saya kunjungi secara mendalam atas faktor kekangan masa. Sekadar singgah sebentar untuk sesi bergambar.

Bagi lawatan kali kedua, Meiko Strawberry Souvenir Centre menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi CB Hills Station.

Galeria Time Tunnel

Galeria Time Tunnel

Lokasi:
Galeria Time Tunnel

Alamat:
39000 Brinchang,
Cameron Highlands,
Pahang.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
RM 5 (Dewasa)
RM 3 (Kanak-Kanak)

Alamat Sesawang:
http://www.cameronhighland.net/time-tunnel.htm

Tarikh Lawatan:
23 April 2017

Lawatan diteruskan menuju ke Galeria Time Tunnel dari S'Corner Center Market. Galeria Time Tunnel menjadi satu-satunya muzium yang ada di Cameron Highlands. Muzium ini menghimpunkan koleksi peribadi encik See Kok Shan yang di kumpul sepanjang hidupnya.