Selasa, 28 Ogos 2018

East Coast Mall

East Coast Mall

Lokasi:
East Coast Mall

Alamat:
Putra Square,
25300 Kuantan,
Pahang.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
www.eastcoastmall.com.my

Tarikh Lawatan:
04 September 2017

Selepas mengunjungi Pantai Batu Hitam, perjalanan diteruskan menuju ke East Coast Mall. Sebelum itu, kena singgah sebentar di Signature Hotel bagi urusan pendaftaran keluar.

Pusat membeli-belah East Coast Mall menjadi tempat persinggahan terakhir di Kuantan sebelum bertolak pulang menuju ke Nilai, Negeri Sembilan.

Pantai Batu Hitam

Pantai Batu Hitam

Lokasi:
Pantai Batu Hitam

Alamat:
26100 Kuantan,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
04 September 2017

Pantai Batu Hitam menjadi tempat persinggahan terakhir yang sempat dikunjungi pada sebelah pagi selepas melawat Pantai Balok.

Pantai Balok

Pantai Balok

Lokasi:
Pantai Balok

Alamat:
7929, Lorong Balok Sejahtera 18,
Kampung Balok Baru,
26080 Kuantan, Pahang

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
04 September 2017 (Kali Ke-1)
17 Oktober 2021 (Kali Ke-2)
23 Disember 2023 (Kali Ke-3)

Pantai Balok menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas mendaki di Hutan Lipur Bukit Pelindung (lawatan kali pertama).

Bagi lawatan kali kedua, Pantai Balok menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pada hari ini. Dah lama tidak mandi laut. Rugi tak terjun laut hari ini. 

Pantai Balok juga menjadi lokasi pertama yang dikunjungi bagi lawatan kali ketiga. Kedatangan kali ini sekadar ingin menikmati angin pantai sahaja. 

Isnin, 27 Ogos 2018

Hutan Lipur Bukit Pelindung

Hutan Lipur Bukit Pelindung

Lokasi:
Hutan Lipur Bukit Pelindung

Alamat:
Jalan Tengku Muhamad,
25250 Kuantan,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
04 September 2017

Kembara hari ini bermula dengan mendaki Hutan Lipur Bukit Pelindung. Laluan pendakian kali ini melalui jalan tar sepenuhnya dari kaki bukit sehingga ke puncak.

Oleh sebab perjalanan pulang dari Kuala Terengganu ke hotel penginapan di Kuantan malam semalam mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangka, menyebabkan perjalanan hari ini bermula agak lewat sedikit berbanding dengan hari sebelumnya.  

Selasa, 14 Ogos 2018

Panduan Memilih Produk Perak Jenama Public Gold (Jongkong)

Kemaskini pada 04/08/2022

Panduan Memilih Produk Perak Jenama Public Gold (Jongkong)
Sumber: http://www.publicgoldsarawak.com

Setiap daripada kita memiliki matlamat dan tujuan yang berbeza ketika membeli perak fizikal sama ada untuk simpanan @ pelaburan (jongkong & dirham @ syiling) atau pun sebagai perhiasan (cincin, gelang, rantai & anting-anting).
 
Entri kali ini saya kongsikan tentang cara memilih Jongkong Perak jenama Public Gold yang sesuai mengikut keperluan dan matlamat anda.
 
Entri Berkaitan:
Panduan Memilih Produk Emas Jenama Public Gold (Jongkong)


Jongkong Perak

100 gram


Ringkasan Keterangan
1. Jongkong perak paling ringan yang pernah dikeluarkan oleh Public Gold untuk siri jongkong perak.
2. Tidak bersarung kekal. Jongkong dan sijil ketulenan dikeluarkan secara berasingan.
3. Public Gold sudah tidak lagi mengeluarkan jongkong perak seberat 100 gram.
4. Pemilik jongkong perak 100 gram masih boleh jual kembali kepada Public Gold pada bila-bila masa yang dikehendaki.
 
Nota:
Maklumat yang dikongsi ini sekadar untuk pengetahuan am sahaja.