Selasa, 15 Oktober 2019

Gold Accumulation Program (GAP) (Pengenalan)

Kemaskini pada 14/03/2021

Gold Accumulation Program (GAP) (Pengenalan)

Entri kali ini saya ingin kongsikan panduan (manual) penggunaan sistem Gold Accumulation Program (GAP) di alamat sesawang Public Gold yang merangkumi pembelian, jual kembali, perpindahan dan gadaian EMAS. Sebelum itu, mari berkenalan dahulu dengan Public Gold GAP.

Apa itu Gold Accumulation Program (GAP)?

Dalam bahasa mudah adalah seperti akaun Emas di Bank. Dengan akaun GAP, anda boleh membeli emas serendah RM 100. Semua pembelian akan ditukar terus ke gram sehingga 4 titik perpuluhan. Akaun GAP ini disandarkan 100% dengan emas fizikal.

Ini bererti anda boleh dapatkan emas fizikal melalui akaun GAP dengan hanya membuat permohonan di cawangan Public Gold yang terdekat atau melalui kemudahan GIT GAP.

Sila tekan pautan dibawah untuk mengetahui kelebihannya:

Khamis, 10 Oktober 2019

Bagaimana Emas Menyelamat Anda Dari Bencana (Krisis)

Bagaimana Emas Menyelamat Anda Dari Bencana (Krisis)

Kali ini saya ingin kongsikan kisah bagaimana EMAS membantu anda ketika menghadapi bencana seperti:

1# Peperangan

Semasa perang Vietnam (peperangan antara Vietnam dan Amerika) berlaku sekitar tahun 1955 sehingga 1975, ramai rakyat Vietnam lari meninggalkan negara mereka dan menjadi pelarian di negara lain. Harta-harta mereka ditukar kepada kepingan emas yang dinamakan Kim Thant.

Emas itu bentuknya nipis dan mudah disorokkan dalam jahitan baju. Orang tidak tahu mereka sebenarnya membawa bersama kepingan-kepingan emas. Itulah harta yang mereka gunakan untuk membina semula kehidupan di tempat baru.

Kalau dilihat pada sejarah Vietnam ketika itu. emas paling berguna ketika gawat adalah jongkong emas seberat 1 gram. Ia senang dibawa dan senang disorokkan.

Kisah ini pernah diceritakan dalam buku Wang Emas yang ditulis oleh Encik Zulkifli Shafie dan Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas oleh Encik Syukor Hashim.

Isnin, 30 September 2019

Memang Benar EMAS...

Memang Benar EMAS...

Memang benar EMAS...

Tidak menjanjikan keuntungan segera.
Tidak menjanjikan kekayaan segera.

Tetapi,

Rabu, 18 September 2019

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Memiliki Rumah)

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Memiliki Rumah)

Artikel kali ini saya kongsikan 6 langkah mudah yang perlu diambil bagi mencapai impian memiliki kediaman sendiri dan bagaimana Emas membantu anda mencapai impian tersebut.

Langkah 1# Tentukan Matlamat Membeli Kediaman

Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah mengetahui dengan jelas kenapa anda ingin membeli rumah sendiri. Terdapat dua sebab utama membeli rumah iaitu bagi tujuan:

1.1) Duduk Sendiri

Ia bermaksud kediaman yang dibeli adalah untuk kegunaan diri sendiri atau bersama keluarga (ingin menetap di rumah tersebut).

1.2) Pelaburan

Ia bermaksud kediaman yang dibeli adalah untuk tujuan menjana keuntungan dengan cara menyewakan rumah tersebut kepada orang lain atau untuk dijadikan sebagai barang dagangan untuk dijual dikemudian hari dengan harga yang jauh lebih tinggi daipada kos asal (aktiviti jual beli).

Kenapa pekara ini penting? Kerana mengetahui dengan jelas tujuan membeli rumah dapat mengelak dari terbeli kediaman yang salah. Bukan semua kediaman sesuai untuk diduduki apatah lagi untuk tujuan pelaburan.

Rabu, 11 September 2019

Sports Planet Kota Damansara

Sports Planet Kota Damansara

Lokasi:
Sports Planet Kota Damansara

Alamat:
Jalan Bolok - Mempaga,
Kuala Gandah,
28500, Lanchang, Pahang.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 12.00 tengah malam (Setiap Hari)

Harga Sewa (Sejam):
Badminton Court
Isnin - Jumaat
9.00 pagi - 6.00 petang (RM 17)
6.00 petang - 12.00 pagi (RM 30)
Sabtu -Ahad
9.00 pagi - 12.00 tengah malam (RM 17)

Alamat Sesawang:
https://www.sportsplanet.com.my

Tarikh Lawatan:
21 Ogos 2019

Bermain badminton bersama rakan-rakan sekerja menjadi aktiviti tunggal yang dilakukan pada hari ini. Oleh kerana kekangan waktu, permainan hanya bermula pada pukul 11.00 malam selepas pulang dari kerja.

Sudah lama tidak bermain badminton. Berharap kemahiran masih belum berkarat lagi. Dapat bermain untuk tempoh sejam pun sudah cukup untuk lepaskan kerinduan bermain badminton.