Isnin, 20 Februari 2023

KL East Park

KL East Park

Lokasi:
KL East Park
 
Aktiviti:
Pendakian
 
Alamat:
KL East Park,
Persiaran Melati Kuarza,
53100 Kuala Lumpur.
 
Waktu Pendakian:
7.00 - 9.00 pagi
 
Tahap Kesukaran:
Mudah
 
Harga Tiket:
Percuma (Untuk Sementara Ini)

Tarikh Lawatan:
20 Februari 2023
 
KL East Park menjadi lokasi pendakian pertama bagi tahun 2023. Perlu mendaftar terlebih dahulu dalam alamat sesawang untuk mendapatkan slot pendakian. Sudah lama tak mendaki seawal ini semenjak kali terakhir melakukannya di Bukit Broga. Demi melihat matahari terbit punya pasal.
 
Setiap pendaki perlu datang selewat-lewatnya 15 minit selepas tarikh temujanji. Kira kalau temujanji pukul 7.00 pagi, kena hadirkan diri sebelum 7.15 pagi. Nak masuk kena imbas kod QR yang diberi di pintu masuk selepas pendaftaran berjaya dilakukan.

Ahad, 19 Februari 2023

KL East Park Public Opening Day 2023

KL East Park Public Opening Day
 
Lokasi:
KL East Park

Alamat:
3, Lot 201064,
Jalan Melati Kuarza, East,
53100 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
11.00 pagi - 5.30 petang

 
Alamat Sesawang:
https://klepark.simedarbyproperty.com/

Tarikh:
18 Februari 2023
 
KL East Park menjadi lokasi persinggahan tunggal pada hari ini. Kedatangan kali ini sekadar menghadiri majlis perasmian dan pembukaan taman awam kepada orang luar (bukan penduduk sini). Nak tengok apa yang menarik disini.

Jumaat, 17 Februari 2023

Tik Tok Basic Class 2023

Tik Tok Basic Class 2023

Lokasi:
Dewan Seri Melaka

Alamat:
Akademik Etiqa
Level 15B, 23, Jalan Melaka, City Centre,
50100 Kuala Lumpur
 
Waktu:
9.00 pagi - 5.00 petang
 
Tarikh:
16 Februari 2023 (Khamis)
 
Tik Tok Basic Class 2023 menjadi kelas pertama yang dihadiri pada tahun 2023. Kembali belajar dari asas tentang Tik Tok. Hendak belajar sendiri malas, jadi masuk kelaslah supaya boleh belajar secara terus. Terutama kelas percuma ini.

Selasa, 14 Februari 2023

DuluKita Old-time Kantin

DuluKita Old-time Kantin

Lokasi:
DuluKita Old-time Kantin

Alamat:
33-1, Jalan PJU 5/9,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
 
Waktu Operasi:
8.30 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
13 Februari 2023


DuluKita Old-time Kantin menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi hari ini untuk makan tengah hari selepas melawat Lorong Seni 24 @ Sungai Buloh. Makan dulu sebelum pulang.

Lorong Seni 24 @ Sungai Buloh

Lorong Seni 24 @ Sungai Buloh

Lokasi:
Lorong Seni 24 @ Sungai Buloh
 
Alamat:
Jalan BRP 1/3,
Bukit Rahman Putra,
47000 Sungai Buloh, Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada masa yang ditetapkan
 
Tarikh Lawatan:
13 Februari 2023
 
Lorong Seni 24 @ Sungai Buloh menjadi lokasi persinggahan seterusnya semasa dalam perjalanan pulang dari Terowong Lombong Batu Arang di Batu Arang. Singgah sebentar untuk lawatan singkat.