Sabtu, 20 Mac 2021

Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kad Perubatan

Kemaskini pada 10/10/2021
Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kad Perubatan
Sumber: Google Image


Pengenalan

Kad perubatan adalah salah satu dari perlindungan tambahan (Rider) yand ada dalam takaful atau insurans konventional yang dikeluarkan oleh pengendali takaful atau syarikat insurans. Dahulu kad perubatan dikeluarkan dalam bentuk fizikal. Kini kebanyakkan pengendali takaful atau syarikat insurans tidak lagi mengeluarkan kad perubatan secara fizikal (cardless).
 

Fungsi Kad Perubatan

Kad perubatan membantu anda mendapatkan rawatan secara percuma di hospital kerajaan atau swasta mengikut polisi yang diambil. Pemegang kad perubatan perlu membayar kos rawatan terlebih dahulu sebelum membuat tuntutan ke atas pengendali takaful atau syarikat insurans sekiranya memilih hospital swasta yang bukan berada dalam senarai panel.
 

Syarat Umum Penggunaan Kad Perubatan

Kad perubatan hanya boleh diguna sekiranya pemegang polisi dimasukkan dalam wad untuk rawatan selanjutnya. Kira kena bermalam dalam wad terlebih dahulu baru boleh guna kad perubatan.


Jenis Kad Perubatan

Terdapat dua jenis kad perubatan yang ada dipasaran iaitu Kad Perubatan Stand Alone dan Kad Perubatan Rider.
 
1# Kad Perubatan Stand Alone
Ciri-Ciri:
Produk kad perubatan tanpa diambil bersama produk lain.
 
Kelebihan:
Harganya lebih rendah kerana tidak perlu diambil bersama pelan lain.
 
Kekurangan:
Tiada nilai tunai. Sekiranya terlepas bayar sumbangan, pelan tersebut akan luput dengan sendiri.
 
2# Kad Perubatan Rider
Ciri-Ciri:
Pelan kad perubatan yang perlu diambil bersama produk asas.
 
Kelebihan:
Mempunyai nilai tunai (bergantung kepada jenis polisi yang diambil). Ini menyebabkan harganya jauh lebih tinggi berbanding dengan Stand Alone. Sekiranya terlepas pandang, sumbangan boleh dibayar dari nilai tunai polisi dengan syarat polisi tersebut mempunyai nilai tunai yang mencukupi.

 
Kekurangan:
Harga lebih tinggi kerana perlu diambil dengan produk asas. Apabila pelan asas tamat, maka kad perubatan akan turut tamat (bergantung kepada polisi).
 

Had Kad Perubatan

Terdapat dua jenis had yang ada pada kad perubatan iaitu Had Tahunan dan Had Seumur Hidup.
 
Had Tahunan
Pembayaran kos bagi semua jenis rawatan dihadkan mengikut tahun. Ini bererti, sekiranya had tahunan kad perubatan yang diambil sebanyak RM 100,000 setahun. Pemegang kad perubatan wajib membayar baki bil hospital apabila melebih dari jumlah yang ditetapkan.
 
Contoh:
Kos Rawatan: RM 120,000 setahun
Had Kad Perubatan: RM 100,000 setahun
Baki Yang Perlu Dibayar Sendiri: RM 20,000
 
Had Seumur Hidup
Pembayaran kos bagi semua jenis rawatan dihadkan dalam jumlah tertentu yang boleh diguna selama yang boleh (mengikut polisi). Ini bererti, sekiranya kad perubatan yang diambil bernilai RM 600,000 untuk umur hidup. Kos pembayaran akan ditolak berdasarkan baki nilai yang ada. Kad Perubatan akan terbatal dengan sendiri sekiranya nilai yang ada habis diguna.
 
Contoh:
Kos Rawatan: RM 120,000
Had Kad Perubatan: RM 600,000 seumur hidup
Baki Yang Tinggal: RM 480,000
 
Yang mana lebih menguntungkan? Antara Had Tahunan dengan Had Seumur Hidup.
Utamakan kad perubatan yang memiliki had seumur hidup berbanding had tahunan. Ini kerana, tiada dalam sejarah pemegang polisi menggunakan jumlah yang ada sehingga habis.
 
Biasanya pemegang polisi akan meninggal terlebih dahulu sebelum sempat menghabiskan nilai yang ada. Sekiranya berlaku pun, ia kes yang amat jarang berlaku seperti koma bertahun-tahun lamanya.
 
Nota:
Kebanyakkan polisi kad perubatan terkini didatangi dengan had tahunan sahaja. Pilih jumlah
perlindungan mencukupi berdasarkan kemampuan. Keseimbangan antara kemampuan dan jumlah
perlindungan itu penting bagi memastikan kita mampu mencarum sehingga tarikh matang untuk
mendapatan perlindungan secara berterusan. Kerana kita tidak tahu bila saat kita memerlukannya.


Kesimpulan

Pilih pelan kad perubatan mengikut keperluan semasa, peruntukkan kewangan dan kesesuaian dengan produk yang ada.
 
Entri Berkaitan:
Takaful Medical Plus (Kad Perubatan)
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan