Sabtu, 23 Oktober 2021

Panduan Pemegang Kad Perubatan @ Etiqa

Panduan Pemegang Kad Perubatan @ Etiqa

Entri kali ini saya kongsikan 3 langkah yang perlu diambil selepas polisi kad perubatan anda aktif.
 
Langkah 1: Kenalpasti Hospital Panel
 
Pekara pertama yang anda perlu lakukan selepas polisi aktif (melibatkan kad perubatan) adalah dengan mengenalpasti hospital swasta (panel Etiqa) terdekat dengan kediaman anda.
 
Ini akan memudahkan anda ketika dalam kecemasan. Boleh terus menuju ke hospital panel berdekatan bila dalam kecemasan. Hospital panel merangkumi hospital kerajaan juga.

 
Langkah 2: Pastikan Waris Terdekat Tahu Bahawa Anda Memiliki Kad Perubatan
 
Pekara kedua yang anda perlu  lakukan adalah dengan memaklumkan kepada waris terdekat bahawa anda memiliki kad perubatan dan pesan kepada waris untuk maklumkan kepada petugas di kaunter pendaftaran bahawa anda (pesakit) memiliki kad perubatan.
 
 
Langkah 3: Ketahui Polisi Melibatkan Hospital Bukan Panel
 
Sekiranya anda terpaksa di masukkan ke hospital swasta yang bukan panel (atas pelbagai sebab seperti hospital panel penuh). Tuntutan pembayaran balik bil perubatan oleh Etiqa hanya boleh dibuat selepas pembayaran bil selesai dilakukan. Dengan kata lain anda kena bayar dulu baru tuntut balik kemudian.
 
Bagi hospital panel, tuntutan bil perubatan akan dilakukan terus oleh hospital kepada Etiqa. Sekiranya tuntutan yang dibuat melebihi dari had yang ditetapkan atau tuntutan ditolak (rawatan yang tidak dilindungi oleh kad perubatan). Pihak Etiqa akan maklumkan kepada anda baki bil yang perlu dijelaskan sendiri.
 
Entri Berkaitan:
Takaful Medical Plus (Kad Perubatan)
 
Ketahui tindakan yang anda wajib tahu sebagai pemegang polisi kad perubatan @ Etiqa.
 
Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan