Selasa, 14 November 2017

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (1. Pendapatan)

Kemaskini pada 22/01/2020

7 Peringkat Dalam Pengurusan Kewangan (1. Pendapatan)
Sumber: Yahoo Image
Pengurusan kewangan adalah penting bagi memastikan kelestarian dalam kehidupan apabila sumber yang dimiliki terhad.

“Duit bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan duit”

Secara umumnya, terdapat dua kategori pendapatan iaitu;

1# Pendapatan Aktif
Pendapatan yang diperolehi setelah suatu kerja selesai atau cukup tempoh satu-satu pekerjaan yang kita lakukan. Ia merangkumi segala manfaat yang diperolehi selain wang ringgit.

Contohnya:
Cikgu, Doktor, Peguam, Jurutera, Usahawan dan sebagainya.

2# Pendapatan Pasif
Pendapatan yang diperolehi sentiasa atau secara berterusan mengikut tempoh tertentu walaupun setelah kita menyelesaikan kerja tersebut.

Contohnya:
Royalti Penulisan Buku, Pendapatan Daripada Dividen, Komisen dan sebagainya.

Memperolehi pendapatan adalah langkah pertama daripada tujuh langkah penting dalam pengurusan kewangan yang berhemah.

“Jangan berbicara tentang pelaburan sekiranya tidak mampu menyimpan. Jangan bercerita tentang simpanan sekiranya tidak mampu memperolehi pendapatan”


Berminat menjana pendapatan sampingan dengan kos yang minimum? Jadilah ejen topup hari ini.


Untuk maklumat lanjut sila klik disini.

Berminat mendapatkan ganjaran hanya dengan menjawap kaji selidik atas talian? Sila layari laman sesawang seperti dibawah. Pendaftaran adalah percuma. 
  1. LifePoints
  2. Toluna
  3. Rakuten AIP Online Survey*
*Bagi Rakuten AIP Online Survey, Sila tinggalkan Nama dan Emel diruang komen untuk jemputan menyertai kaji selidik atas talian.
Hasil Menjawap Kaji Selidik Atas Talian Di Rakuten AIP Online Survey
Berminat untuk membantu rakan-rakan anda mencari jodoh sambil menjana pendapatan? Sertailah Program Affiliate BaituljannahApa yang anda perlu buat adalah dengan mendaftar dan kongsikan pautan khas kepada rakan-rakan yang ingin mencari jodoh. Ia mudah dan percuma.

Ingin mencari jodoh atau membantu rakan-rakan mencari jodoh? daftar sebagai calon menantu di Baituljannah


Menjana Pendapatan Dengan Membantu Rakan-Rakan Mencari Jodoh
Berminat buat DUIT TANPA MODAL? Tekan pautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Khamis, 9 November 2017

Setia Alam Community Trail

Setia Alam Community Trail

Lokasi:
Setia Alam Community Trail

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Setia Eco-park,
40170 Shah Alam,
Selangor.

Waktu Pendakian:
11.00 pagi - 3.00 petang

Taraf Kesukaran:
Mudah ke Sederhana

Tarikh Lawatan:
15 Januari 2017


Perjalanan diteruskan menuju ke Setia Alam Community Trail bagi sesi pendakian solo selepas meluangkan masa bersiar-siar mengeliling tasik di Taman Rekreasi Westren Park dan Setia Alam Central Park. Pendakian bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Ini adalah kali pertama saya memulakan pendakian selewat jam 11.00 pagi disebabkan jarak lokasi yang jauh dari rumah.

Terdapat pelbagai jalan masuk yang boleh dilalui untuk pendakian disini. Mengikut peta yang disediakan oleh komuniti Setia Alam, setiap laluan keluar masuk ditanda menggunakan huruf A hingga E. Pendakian kali ini adalah mengikut laluan A.

Secara jujurlah walaupun berbekalkan peta ditangan, laluan trek ini cukup mengelirukan terutama kurangnya tanda selain terdapat banyak simpang yang boleh dilalui. Ini adalah pengalaman kali kedua bagi saya tersesat di dalam hutan apabila tersilap mengikuti laluan trek.

Ini menyebabkan saya berpusing satu pusingan semata-mata ingin mencari jalan keluar dari trek. Sebagai penyelesaian, saya terpaksa mengambil keputusan keluar ikut laluan E kembali ke tempat letak kereta. Jarak antara laluan E ke tempat letak kereta mencecah sehingga 1 km mengikut jalan luar. Pendakian kali ini amatlah mencabar terutama terpaksa menghadapi cuaca yang panas terik.

Setia City Mall

Setia City Mall

Lokasi:
Setia City Mall

Alamat:
359, Persiaran Setia Dagang,
Setia Alam,
40170 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:

Tarikh Lawatan:
15 Januari 2017 (Kali Ke-1)
20 Oktober 2017 (Kali Ke-2)

Setia City Mall menjadi lokasi terakhir persinggahan dalam siri penjelajah kali ini setelah selesai mendaki di Setia Alam Community Trail.

Bagi lawatan kali kedua, Setia City Mall menjadi tempat persinggahan tunggal selepas urusan rasmi selesai dilaksanakan.

Kolam Tadahan Taman Setia Alam

Kolam Tadahan Taman Setia Alam

Lokasi:
Kolam Tadahan Taman Setia Alam

Alamat:
Persiaran Setia Prima, Setia Alam,
40170 Shah Alam,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
15 Oktober 2016

Pengembaraan diteruskan dari Setia Alam Central Park menuju ke kolam takungan air yang terletak berdekatan di tepi jalan persiaran Setia Prima bersebelahan dengan Asia College of Exercise and Sports Medicine. Ia menjadi lokasi persinggahan sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.

Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia

Lokasi:
Perpustakaan Negara Malaysia

Alamat:
232, Jalan Tun Razak,
Titiwangsa,
50400 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 7.00 malam (Selasa-Sabtu)
10.00 pagi – 6.00 petang (Ahad)
Tutup (Isnin & Cuti Umum)

Alamat Sesawang:

Tarikh Lawatan:
14 Oktober 2017

Perpustakaan Negara Malaysia menjadi tempat persinggahan selepas berjalan-jalan mengeliling tasik di Taman Medan Idaman.