Selasa, 15 Disember 2020

Lepaking @ Gombak

Pintu Masuk Lepaking @ Gombak


Lokasi:
Lepaking @ Gombak
 
Alamat:
Lot 8099, Batu 3 1/2,
Jalan Gombak,
53000 Kuala Lumpur.
 
Waktu Operasi:
5.00 petang - 3.00 pagi (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://lepaking.business.site/
 
Harga Tiket (Tempat Letak Kenderaan)
RM 4 (Sekali Masuk)
 
Tarikh Lawatan:
14 Disember 2020
 
Lepaking @ Gombak menjadi lokasi makan pada malam hari ini. Alang-alang semua adik-beradik ada di Gombak. Kita makan besar malam ini.
 
Hujan renyai malam ini menyebabkan tempat duduk menjadi terhad disebabkan sebahagian kecil telah dibasah hujan (bahagian tanpa bumbung).

14/12/2020: Pintu Utama

14/12/2020: Kawasan Tanpa Bumbung

14/12/2020: Di Sini Malam Ini

14/12/2020: Untuk Pengemar Shisha

14/12/2020: Meriah Malam Ini

14/12/2020: Disekeliling Gerai Makan

14/12/2020: Makanan Malam Ini


Terdapat pelbagai gerai makan di sekitar meja makan yang merangkumi makanan barat dan makanan tempatan. Terdapat kumpulan gitaris yang membuat persembahan secara percuma di tingkat satu pada waktu malam.
 
Agak unik juga sistem yang diamalkan disini. Mula-mula pilih makanan apa yang dikehendaki. Kemudian maklum dan buat pembayaran terus di kaunter pembayaran. Maklumkan nombor meja supaya makanan dapat dihantar terus ke meja.
 
Boleh tahan jugalah makanan disini walaupun harga ‘keras’ juga.
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

2 ulasan: