Rabu, 7 Mac 2018

Cameron Highlands

Kemaskini pada 12/05/2026

Cameron Highlands

Lokasi:
Cameron Highlands

Alamat:
39000 Tanah Tinggi Cameron,
Pahang.

Tarikh Lawatan:
23 April 2017 (Kali Ke-1)
7 Januari 2018 (Kali Ke-2)
27-28 Jun 2020 (Kali Ke-3)
13-14 Oktober 2020 (Kali Ke-4)
23 Mac 2026 (Kali Ke-5)

Lokasi Persinggahan:

Lawatan Kali 1: (Simpang Pulai - Cameron Highlands - Tapah)

Lawatan Kali 2: (Tapah - Cameron Highlands - Simpang Pulai)
Smurf Inn Homestay

Lawatan Kali 3: (Raub - Cameron Highlands - Raub)
Cameron Fair @ Tanah Rata
Zetter Suites @ Hotel Apartment



Kembara ke Cameron Highlands bermula dari Simpang Pulai (naik) dan berakhir di Tapah (turun). Perjalanan ini bermula pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir pada pukul 8.00 malam. Nasib tidak menyebelahi saya apabila hujan turun sepanjang saya berada di Cameron Highland. Ini menyebabkan tidak banyak lokasi yang dapat saya singgahi. Dengan cuaca yang semakin gelap semasa menuruni (turun pada pukul 6.00 petang dan sampai di Tapah pada pukul 8.00 malam,), jarak yang mencecah sehingga 45 km dan laluan yang amat sempit menjadikan perjalanan kali ini antara perjalanan yang paling mencabar yang pernah saya lalui selain laluan menuju ke Fraser Hill.

Bagi lawatan kali kedua, kembara ke Cameron Highlands bermula dari laluan Tapah (naik) dan berakhir di Simpang Pulai (turun). Perjalanan bermula dari pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 8.00 malam. Seperti perjalanan kali pertama, perjalanan kali kedua juga saya terpaksa menempuhi hujan semasa sampai ke Tanah Rata.

Bagi lawatan kali ketiga, perjalanan bermula pada pukul 9.00 pagi dan tiba di hotel pada pukul 3.00 petang. Perjalanan kali ini menaiki kereta dari Bentong. Kesesakan lalu lintas menyebabkan kami tidak berkesempatan mengunjungi lokasi menarik di Cameron Highlands.

Bagi lawatan kali ke empat, perjalanan bermula pukul 10.30 pagi dan tiba di hotel pada pukul 2.30 petang. Perjalanan kali ini amat lancar disebabkan kedatangan kali ini pada waktu bukan hujung minggu.

Bagi lawatan kali kelima, perjalanan bermula dari pukul 8.00 pagi dari Kuala Lipis terus ke Cameron Highlands. Matlamat utama adalah untuk makan streamboat.

Jejak Warisan Ipoh

Jejak Warisan Ipoh

Lokasi:
Jejak Warisan Ipoh

Alamat:
Jalan Dato Maharajalela,
31650 Ipoh,
Perak.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
23 April 2017

Selepas berkunjung Yasmin Museum, lokasi seterusnya adalah sekitar jalan Jejak Warisan Ipoh berdekatan dengan Padang Ipoh.

Yasmin Museum

Yasmin Museum

Lokasi:
Yasmin Museum

Alamat:
89-91, Old Block Apartments,
Jalan Sultan Yussuf,
30000 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 4.00 petang (Sabtu - Ahad)
Tutup (Isnin - Jumaat)

Harga Tiket:
RM 3 (Dewasa)
Percuma (Kanak-Kanak)

Tarikh Lawatan:
23 April 2017

Yasmin Museum menjadi lokasi pertama yang dilawati selepas sesi perkenalan (taaruf) di Ipoh Old Town White Coffee. Perjalanan kali ini amat istimewa kerana ditemani oleh seseorang.

Isnin, 5 Mac 2018

Batu Tenggek @ Teluk Intan

Batu Tenggek @ Teluk Intan

Lokasi:
Batu Tenggek @ Teluk Intan

Alamat:
Jalan Mahkamah,
36000 Teluk Intan,
Perak.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Alamat Sesawang:
http://www.mpti.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/batu-bertenggek

Tarikh Lawatan:
22 April 2017 (Kali Ke-1)
18 Oktober 2017 (Kali-2)

Batu Tenggek yang terletak dipersimpangan jalan raya menghadap Tabung Haji cawangan Teluk Intan menjadi lokasi persinggahan terakhir pada hari ini selepas mengunjungi Menara Condong. Untuk mengunjunginya, saya perlu meletak motosikal di deretan rumah kedai (berdekatan dengan Tabung Haji) sebelum menyeberangi jalan menuju ke Batu Tenggek.

Bagi lawatan kali kedua, Batu Tenggek menjadi lokasi persinggahan selepas mengunjungi Rapid Mall.

Menara Condong @ Teluk Intan

Menara Condong

Lokasi:
Menara Condong @ Teluk Intan

Alamat:
Jalan Bandar,
Pekan Teluk Intan,
36000 Teluk Intan, Perak.

Waktu Operasi:
9.30 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma

Alamat Sesawang:
http://www.mpti.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/menara-condong-teluk-intan

Tarikh Lawatan:
22 April 2017 (Kali-1)
18 Oktober 2017 (Kali-2)

Setelah mengharungi perjalanan yang amat mencabar dari Teluk Batik, akhirnya berjaya juga sampai di Menara Condong @ Teluk Intan pada pukul 5.45 petang. Nasib menyebelahi saya ketika sampai apabila Menara Condong masih dibuka lagi. Ini memberi saya peluang untuk menerokai bahagian dalam Menara Condong.

Bagi lawatan kali kedua, Menara Condong menjadi lokasi kedua yang disinggahi selepas Rapid Mall. Kali ini sekadar melawat bahagian luar sahaja atas kekangan waktu.