Rabu, 7 Mac 2018

Cameron Highlands

Cameron Highlands

Lokasi:
Cameron Highlands

Alamat:
39000 Tanah Tinggi Cameron,
Pahang.

Tarikh Lawatan:
23 April 2017 (Kali Ke-1)
7 Januari 2018 (Kali Ke-2)

Lokasi Persinggahan:
Lawatan Kali 1: (Simpang Pulai - Cameron Highlands - Tapah)

Lawatan Kali 2: (Tapah - Cameron Highlands - Simpang Pulai)
Bee Farm Strawberry Farm
Big Red Strawberry Farm
Boh Tea Centre & Factory
Cactus Valley
Cameron Square
Cameron Valley The House
Hutan Lipur Parit Fall
Health Strawberry Farm
Kasimanis Strawberry Farm
Smurf Inn

Kembara ke Cameron Highlands bermula dari Simpang Pulai (naik) dan berakhir di Tapah (turun). Perjalanan ini bermula pada pukul 12.00 tengah hari dan berakhir pada pukul 8.00 malam. Nasib tidak menyebelahi saya apabila hujan turun sepanjang saya berada di Cameron Highland. Ini menyebabkan tidak banyak lokasi yang dapat saya singgahi. Dengan cuaca yang semakin gelap semasa menuruni (turun pada pukul 6.00 petang dan sampai di Tapah pada pukul 8.00 malam,), jarak yang mencecah sehingga 45 km dan laluan yang amat sempit menjadikan perjalanan kali ini antara perjalanan yang paling mencabar yang pernah saya lalui selain laluan menuju ke Fraser Hill.

Bagi lawatan kali kedua, kembara ke Cameron Highlands bermula dari laluan Tapah (naik) dan berakhir di Simpang Pulai (turun). Perjalanan bermula dari pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 8.00 malam. Seperti perjalanan kali pertama, perjalanan kali kedua juga saya terpaksa menempuhi hujan semasa sampai ke Tanah Rata.

23/04/2017: Sempadan Antara Dua Negeri
23/04/2017: Sungguh Cantik Permandangan Di Sini

23/04/2017: Lokasi Wajib Singgah Bagi Penunggang Motosikal

23/04/2017: Akhirnya Sampai Juga Disini

23/04/2017: Di Tanah Rata

23/04/2017: Pernah Tinggal Disini Bersama Keluarga Dan Saudara Mara

23/04/2017: Jumpa Juga Mercu Tanda Pelancongan

23/04/2017: Selamat Datang Ke Tanah Rata



23/04/2017: Ramai Orang Pula Disini

23/04/2017: Mercu Tanda Cameron Highlands
Dengan perjalanan melebihi 100 km, kembara ke Tanah Tinggi Cameron amat mencabar jiwa dan raga bagi penunggang motosikal seperti saya.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara