Isnin, 5 Mac 2018

Museum Of Moving Image

Museum Of Moving Image

Lokasi:
Museum Of Moving Image

Alamat:
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Jalan Utara,
46547 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin - Jumaat)

Harga Tiket:
Percuma

Alamat Sesawang

Tarikh Lawatan:
21 April 2017

Museum Of Moving Image yang terletak dalam kawasan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjadi hanya satu-satunya lokasi yang dilawati pada hari ini. Terdapat pelekat tapak kaki di lantai bagi membantu pengunjung mengikut laluan yang betul semasa melawat bahan pameran yang ada di sini. Museum Of Moving Image terdiri daripada dua tingkat.

Oleh kerana lokasi ini hanya boleh dilawati pada hari biasa, menyebabkan saya mengambil keputusan untuk singgah sebentar bagi sesi lawatan singkat selepas urusan rasmi selesai dilakukan. Kekecewaan tergambar apabila gagal melawatinya disebabkan pintu utama terkunci. 

Walaupun sedikit kecewa, saya tetap bersyukur dapat melawatinya sekali sebelum ini walaupun tiada gambar dapat ditunjuk disebabkan berlakunya kerosakan pada komputer yang menyebabkan sebahagian kecil gambar hilang termasuk lawatan kesini dahulu.

21/04/2017: Jumpa Harimau Disini
21/04/2017: Tutup Pula Hari Ini



Cuti hari biasa nanti saya akan kembali balik ke sini.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara