Selasa, 13 Mac 2018

Wild West Cowboy

Wild West Cowboy

Lokasi:
Wild West Cowboy

Alamat:
59-64, Jalan Ds 2/7,
Bandar Dataran Segar,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:
11.00 pagi - 8.00 malam (Isnin - Jumaat)
10.00 pagi - 11.00 malam (Sabtu-Ahad)

Harga Tiket:
RM 15 (7D Interactive Movie)
RM 15 (5D Motion Adventures)

Alamat Sesawang:
http://segarcity.com/

Tarikh Lawatan:
29 April 2017

Setelah melawat tinggalan sejarah di Kota & Muzium Lukut, perjalanan diteruskan menuju ke Wild West Cowboy bagi sesi hiburan di petang hari. Disini pelawat diwajibkan untuk membeli kad beserta nilai tambahan (mengikut pakej) untuk menikmati kemudahan hiburan yang ada disini. Saya memilih pakej yang paling rendah iaitu tambah nilai sebanyak RM 50 beserta dengan tambahan nilai RM 5 secara percuma.

Terdapat pelbagai hiburan yang boleh didapati disini seperti wayang interaksi seperti 5D Motion Adventures dan 7D Interactive Movie, Taman Hiburan Mini dan permainan menguji minda seperti AWAKE.

Atas sebab kekangan masa dan wang, saya hanya sempat menikmati merasai 5D Motion Adventures sebanyak dua kali dan 7D Interactive Movie sekali sahaja. Baki kredit yang ada digunakan menikmati permainan yang ada di Taman Hiburan di tingkat satu.

29/04/2017: Landskap Di Bahagian Hadapan
29/04/2017: Senarai Tarikan Yang Ada Disini

29/04/2017: Mascot Taman Hiburan Disini

29/04/2017: Macam Kenal Watak Ini

29/04/2017: Kad Nilai Tambah

29/04/2017: Leceh Kena Pakai Cermin Mata Khas

29/04/2017: Kereta Kuda



Setelah menghiburkan diri seketika di Wild West Cowboy, perjalanan diteruskan menujuk ke Port Dickson. Lokasi pertama adalah Perpustakaan Awam Port Dickson.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara