Isnin, 24 Disember 2018

ATV Adventure Ride Park @ TBNSA


Lokasi:
Taman Botani Negara Shah Alam

Alamat:
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam,
Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 4.00 petang (Selasa - Ahad)
Isnin (Tutup)

Harga Tiket:
RM 90 (Dewasa)

Tarikh Lawatan:
01 Januari 2018

Menunggang All-Terrain Vehicle (ATV) di ATV Adventure Ride Park @ Taman Botani Negara Shah Alam menjadi aktiviti seterusnya selepas melawat Rumah Iklim Sederhana Empat Musim. Kali ini dengan baik hati saya menaja 2 keping tiket kepada rakan sekerja untuk merasai menunggangnya buat kali pertama.

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim @ TBNSA


Lokasi:
Rumah Iklim Sederhana Empat Musim

Alamat:
Taman Botani Negara Shah Alam
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
7.30 pagi - 4.30 petang (Selasa-Ahad)
Tutup (Isnin kecuali cuti umum)

Alamat Sesawang:
http://www.tbnsa.gov.my/web/guest/home

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim:
Musim Salji
RM 5 (Dewasa)
RM 3 (Kanak-Kanak)
Musim Lain
RM 3 (Dewasa)
RM 1 (Kanak-Kanak)

Tarikh Lawatan:
16 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
01 Januari 2018 (Kali Ke-2)

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim menjadi salah satu lokasi yang dilawati semasa berada dalam Taman Botani Shah Alam. Kedatangan kali pertama hanya sekadar berjalan kaki sahaja dari pintu masuk sehingga ke Empangan Air Kuning.

Bagi lawatan kali kedua, Rumah Iklim Sederhana Empat Musim menjadi lokasi yang pertama disinggahi selepas aktiviti Glow Night Run & Camp 2017. Kali ini masuk adalah percuma. Ditaja oleh tuan rumah.

Pameran Botologi Malaya 2017


Lokasi:
Muzium Sultan Alam Shah

Alamat:
Persiaran Bandaraya, Seksyen 14,
40000 Shah Alam,
Selangor

Waktu Operasi:
9.30 pagi - 5.30 petang (18 November 2017 - 31 Januari 2018)

Harga Tiket
:
Percuma

Tarikh Lawatan:
31 Disember 2017

Pameran Botologi Malaya yang diadakan di Muzium Sultan Alam Shah menjadi lokasi yang dijelajahi seterusnya selepas Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Wangsa Walk Mall


Lokasi:
Wangsa Walk Mall

Alamat:
9, Jalan Wangsa Perdana 1,
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.wangsawalkmall.com.my/

Tarikh Lawatan:
11 Disember 2017 (Kali Ke-1)
23 Disember 2018 (Kali Ke-2)

Wangsa Walk Mall menjadi lokasi terakhir yang dilawati pada hari ini selepas Gurney Mall @ Kuala Lumpur. Lokasi ini dipilih selepas tidak dapat bermain boling di Gurney Mall atas sebab terdapat pertandingan semasa tiba disini.

Bagi lawatan kali kedua, Wanga Walk Mall menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas Gurney Mall @ Kuala Lumpur.

Gurney Mall @ Kuala Lumpur

Gurney Mall @ Kuala Lumpur

Lokasi:
Gurney Mall @ Kuala Lumpur

Alamat:
Residensi UTMKL
No 8, Jalan Maktab,
54000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://gurneymall.com/

Tarikh Lawatan:
11 Disember 2017 (Kali Ke-1)
23 Disember 2018 (Kali Ke-2)

Gurney Mall @ Kuala Lumpur menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas melawat Royal Selangor Visitor Centre. Tujuan kesini adalah untuk bermain boling, tetapi tiada kekosongan atas sebab ada pertandingan boling disini.

Gurney Mall @ Kuala Lumpur juga menjadi lokasi pertama yang dikunjungi bagi lawatan kali kedua.