Khamis, 15 Februari 2018

One Utama Shopping Centre

One Utama Shopping Centre
Sumber: Yahoo Image
Lokasi:
One Utama Shopping Centre

Alamat:
Bandar Utama City Centre, 1,
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.1utama.com.my/

Tarikh Lawatan:
18 Mac 2017 (Kali Ke-1)
01 Julai 2017 (Kali Ke-2)
08 Disember 2018 (Kali Ke-3)
25 November 2023 (Kali Ke-4)


Lawatan hari ini tertumpu kepada Pusat Membeli-belah yang ada sekitar Lembah Klang. One Utama Shopping Centre menjadi lokasi pertama yang dilawati selepas Central Park One Utama.

Disini juga menjadi tempat mengambil ‘Race Collection Kit’ untuk larian I Love Penang Run @ Selangor yang diadakan di Central Park Bandar Utama. Telah beberapa kali saya datang disini untuk menyertai pertandingan boling.

One Utama Shopping Centre menjadi lokasi tunggal yang dilawati pada lawatan kali ketiga dan lokasi persinggahan seterusnya (bagi lawatan kali keempat) selepas mengunjungi The Secret Garden @ One Utama Shopping Centre.

Kelebihan Mendaftar Sebagai Pengguna Di PG Mall

Kemaskini pada 30/06/2022
       
Kelebihan Mendaftar Sebagai Pembeli Di PG Mall


      1. Percuma Kupon Tunai @ Diskaun
 
Setiap pelanggan yang berdaftar sebagai pengguna di PG Mall layak untuk memenangi kupon tunai atau diskaun dengan menyertai kempen Daily Mystery Gift Campaign pada setiap hari.
 
Kupon Tunai yang dimenangi akan di kredit terus ke C-Wallet. Kupon diskaun pula boleh diguna ketika dalam proses membuat pembayaran.

Taman Rimba Templer


Taman Rimba Templer

Lokasi:
Taman Rimba Templer

Alamat:
Jalan Rawang,
48200 Rawang,
Selangor

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Harga Tiket:
Percuma

Alamat Sesawang:
http://www.mps.gov.my/hutan-rimba-templer

Tarikh Lawatan:
30 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
10 Februari 2018 (Kali Ke-2)

Kembara pada hari ini bermula dengan berjalan merentasi laluan trek hutan di Taman Rimba Templer menuju ke air terjun. Jarak perjalanan untuk sampai ke air terjun dari tempat letak kereta adalah sejauh kira-kira 5km. Terdapat banyak runtuhkan pokok di sepanjang laluan trek menyebabkan perjalanan kali ini agak mencabar apabila terpaksa mengharungi runtuhan pokok untuk mara ke hadapan. Niat hati untuk membuat satu pusingan terbantut apabila laluan trek tertutup sepenuhnya sehingga memaksa diri untuk berpatah balik mengikut laluan asal.

Disini juga bermulanya cabaran apabila saya gagal menjejak kembali laluan trek yang telah ditempuhi semasa berpatah balik. Untuk balik melalui jalan sungai juga bukan suatu pilihan apabila terpaksa menempuhi air terjun yang deras.

Akhirnya usaha menjejaki kembali trek berjaya dilakukan setelah meluangkan masa lebih 15 minit menerokai kawasan disekeliling. Disini juga kali pertama saya digigit pacat bukan seekor tapi berekor-ekor di kaki. Darah yang keluar dari kesan gigitan pacat mengambil masa berjam-jam untuk dihentikan. Sehingga kini kesannya masih dirasai apabila keadaan disekelilng parut masih terasa gatalnya.

Bagi lawatan kali kedua, pengembaraan melalui trek hutan di Taman Rimba Templer terhenti disebabkan laluan trek menyeberangi sungai tertutup dihimpap pokok. Ini menyebabkan keinginan untuk melihat kembali air terjun gagal dicapai.

Khamis, 8 Februari 2018

Air Terjun Jeriau

Air Terjun Jeriau

Lokasi:
Air Terjun Jeriau

Alamat:
Jalan Air Terjun,
49000 Bukit Fraser,
Pahang.

Waktu Operasi:
7.00 pagi – 7.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.fraserhill.info/jeriau-waterfall.htm

Tarikh Lawatan:
12 Mac 2017

Air Terjun Jeriau menjadi lokasi ketiga dan terakhir yang dijelajahi pada hari ini selepas melawat Allan's Water. Oleh kerana masa sudah semakin suntuk (jam menunjukkan sudah pukul 5 petang) dan bagi mengelakkan diri menuruni Bukit Fraser pada lewat petang, hanya 3 lokasi di Bukit Fraser yang berjaya dilawati pada 12 Mac 2017.

Allan's Water

Allan's Water

Lokasi:
Allan's Water

Alamat:
Jalan Pokok Pines,
49000 Bukit Fraser,
Pahang.

Waktu Operasi:
Isnin-Khamis & Ahad
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.00 petang – 4.30 petang

Sabtu & Cuti Umum
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.00 petang – 7.00 malam

Jumaat
9.00 pagi – 12.30 tengah hari
2.45 petang – 4.30 petang

Harga Tiket:
RM 9 (Sewaan Bot Selama 15 Minit)

Alamat Sesawang:
http://www.fraserhill.info/allan-water.htm

Tarikh Lawatan:
12 Mac 2017 (Kali Ke-1)
09 September 2017 (Kali Ke-2)

Allan's Water menjadi lokasi kedua yang dilawati selepas untuk kali pertama (12/03/2017) dan lokasi ke empat untuk kali kedua (09/09/2017) selepas melawat Taman Awam Bukit Fraser di Bukit Fraser. Terdapat kemudahan sewaan bot untuk bersiar-siar mengeliling tasik.