Khamis, 15 Februari 2018

Taman Rimba Templer


Taman Rimba Templer

Lokasi:
Taman Rimba Templer

Alamat:
Jalan Rawang,
48200 Rawang,
Selangor

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Harga Tiket:
Percuma

Alamat Sesawang:

Tarikh Lawatan:
30 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
10 Februari 2018 (Kali Ke-2)

Kembara pada hari ini bermula dengan berjalan merentasi laluan trek hutan di Taman Rimba Templer menuju ke air terjun. Jarak perjalanan untuk sampai ke air terjun dari tempat letak kereta adalah sejauh kira-kira 5km. Terdapat banyak runtuhkan pokok di sepanjang laluan trek menyebabkan perjalanan kali ini agak mencabar apabila terpaksa mengharungi runtuhan pokok untuk mara ke hadapan. Niat hati untuk membuat satu pusingan terbantut apabila laluan trek tertutup sepenuhnya sehingga memaksa diri untuk berpatah balik mengikut laluan asal.

Disini juga bermulanya cabaran apabila saya gagal menjejak kembali laluan trek yang telah ditempuhi semasa berpatah balik. Untuk balik melalui jalan sungai juga bukan suatu pilihan apabila terpaksa menempuhi air terjun yang deras.

Akhirnya usaha menjejaki kembali trek berjaya dilakukan setelah meluangkan masa lebih 15 minit menerokai kawasan disekeliling. Disini juga kali pertama saya digigit pacat bukan seekor tapi berekor-ekor di kaki. Darah yang keluar dari kesan gigitan pacat mengambil masa berjam-jam untuk dihentikan. Sehingga kini kesannya masih dirasai apabila keadaan disekelilng parut masih terasa gatalnya.

Bagi lawatan kali kedua, pengembaraan melalui trek hutan di Taman Rimba Templer terhenti disebabkan laluan trek menyeberangi sungai tertutup dihimpap pokok. Ini menyebabkan keinginan untuk melihat kembali air terjun gagal dicapai.

10/02/2018: Gerbang Utama Taman Rimba Templer
10/02/2018: Laluan Menuju Ke Tempat Letak Kereta
10/02/2018: Tandas Awam Ada Disini
10/02/2018: Sungai Disebalik Taman Mainan
10/02/2018: Lokasi Ideal Untuk Berkelah
10/02/2018: Perjalanan Bermula Disini
10/02/2018: Teruk Juga Laluan Disini
10/02/2018: Tempat Berkelah Kedua
10/02/2018: Sungai Dikawasan Ini Agak Cetek
10/02/2018: Disini Proses Membuang Pacat Dikaki
10/02/2018: Sampai Juga Di Kolam Mandi
10/02/2018: Tak Pandai Berenang Tak Boleh Mandi Disini Sebab Kolamnya Amat Dalam
10/02/2018: Laluan Trek Hutan Bermula Disini
10/02/2018: Laluan Ke Air Terjun
10/02/2018: Laluan Yang Santai
10/02/2018: Sampai Ke Kunci Air
10/02/2018: Melalui Tebing Sungai
10/02/2018: Lokasi Bersihkan Kasut Setelah Berendam Dalam Sungai
10/02/2018: Melalui Titi Menyeberangi Sungai
10/02/2018: Melalui Pondok Usang
10/02/2018: Perjalanan Terhenti Disini Apabila Laluan Ditutupi Runtuhan Pokok
10/02/2018: Pulang Dengan Hati Yang Kecewa 
10/02/2018: Laluan Keluar Sekiranya Berjaya Membuat Satu Pusingan
30/10/2016: Air Terjun Taman Rimba Templer



Taman Rimba Templer adalah laluan trek hutan pertama yang saya lalui secara solo. Bagi lawatan kali kedua, perjalanan diteruskan menuju ke Selangor Fruit Valley.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara