Khamis, 15 Februari 2018

Taman Rimba Bukit Kerinchi

Taman Rimba Bukit Kerinchi

Lokasi:
Taman Rimba Bukit Kerinchi

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Jalan 1/112e,
Bukit Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Taraf Kesukaran:
Mudah

Tarikh Lawatan:
8 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
19 Mac 2017 (Kali Ke-2)

Taman Rimba Bukit Kerinchi yang terletak bersebelahan dengan Hutan Pendidikan Bukit Gasing menjadi antara lokasi pendakian pertama saya secara solo. Taman Rimba Bukit Kerinchi menjadi pintu masuk ke Bukit Gasing dari sebelah Kuala Lumpur, manakala Hutan Pendidikan Bukit Gasing pula menjadi pintu masuk dari belah Selangor.


Pendakian kali pertama dan kedua saya di Bukit Gasing adalah melalui Hutan Pendidikan Bukit Gasing. Taman Rimba Bukit Kerinchi hanya menjadi tempat persinggahan sementara semasa melalui trek hutan di Bukit Gasing.

19/03/2017: Laluan Santai Di Taman Rimba Bukit Kerinchi
19/03/2017: Kelihatan Budak-Budak Sedang Mandi Disini
19/03/2017: Peta Taman Rimba Bukit Kerinchi
19/03/2017: Laluan Menuju Ke Tempat Letak Kereta
19/03/2017: Laluan Trek Hutan Dari Hutan Pendidikan Bukit Gasing
19/03/2017: Ikut laluan Denai
19/03/2017: Pintu Masuk Utama
19/03/2017: Menaiki Tangga Kayu Menuju Ke Jambatan
19/03/2017: Sesi Mengambil Gambar Diatas Jambatan Gantung
19/03/2017: Berehat Sebentar Sebelum Meneruskan Pendakian



Pendakian diteruskan menuju ke trek hutan di Hutan Pendidikan Bukit Gasing berdekatan dengan Jambatan Gantung. Terdapat dua laluan yang boleh diikuti disini.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara