Selasa, 6 Februari 2018

Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu

Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu

Lokasi:
Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu

Alamat:
Jalan Padang Golf Kuala Kubu Baru,
Kampung Tun Abdul Razak,
44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
12 Mac 2017 (Kali Ke-1)

Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas Taman Awam Kuala Kubu Bharu.

Tumpuan lawatan kali ini hanya untuk melalui jambatan gantung yang melintasi jalan raya yang menghubungi antara rumah rehat dengan padang golf.

12/03/2017: Menaiki Tangga Yang Diperbuat Dari Tayar Kereta
12/03/2017: Permandangan Dari Atas
12/03/2017: Pintu Terbuka, Apa Lagi Kita Lalu Jerlah
12/03/2017: Ke Padang Golf 
12/03/2017: Sekadar Untuk Merasainya 
12/03/2017: Boleh Tahan Tinggi Jambatan Gantung Ini
12/03/2017: Di Hujung Jambatan Gantung
12/03/2017: Dah Sampai Ke Seberang
12/03/2017: Permandangan Jambatan Gantung Dari Bawah


Setelah bersiar-siar mengeliling Bandar Kuala Kubu Bharu, perjalanan pun diteruskan menuju ke Bukit Fraser yang terletak kira-kira 52 kilometer dari Kuala Kubu Bharu. Empangan Sungai Selangor menjadi tempat persinggahan seterusnya semasa dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

Mengikut rancangan asal, perjalanan sehingga ke Kuala Kubu Bharu sahaja sebelum berpatah balik pulang ke Gombak. Tetapi oleh sebab masa masih banyak lagi, perjalanan pun diteruskan menuju ke Bukit Fraser. Ini adalah pengalaman pertama saya datang ke Bukit Fraser menaiki motosikal.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara