Selasa, 27 Februari 2018

Kolam Air Panas Sungai Serai

Kolam Air Panas Sungai Serai

Lokasi:
Kolam Air Panas Sungai Serai

Alamat:
Kampung Sungai Serai,
43100 Hulu Langat,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Harga Tiket:
RM 1 (Mandi)
RM 1 (Kenderaan)

Tarikh Lawatan:
09 April 2017

Kembara bermula dengan melawat secara lebih dekat Kolam Air Panas Sungai Serai yang terletak di Kampung Sungai Serai di Hulu Langat, Selangor. Lokasi ini pada asalnya tidak termasuk dalam senarai lokasi yang ingin dilawati. Ia dijumpai secara tidak sengaja ketika dalam perjalanan menuju ke Hutan Lipur Gunung Nuang.

09/04/2017: Harimau Dalam Kurungan
09/04/2017: Papan Maklumat
09/04/2017: Ramai Juga Orang Datang Disini Mandi Air Panas



Selepas meluang masa kira-kira 10 minit meninjau dengan lebih dekat Kolam Air Panas Sungai Serai, perjalanan diteruskan menuju ke Hutan Lipur Gunung Nuang.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara