Khamis, 22 Februari 2018

Kursus JutawanEmas Leadership Training (JLT)

Kursus JutawanEmas Leadership Training (JLT)

Lokasi:
Cherengin Hills Convention & Spa Resort Bentong

Alamat:
Lot 5540 & 5936,
28750 Janda Baik,
Bentong, Pahang.

Masa Seminar:
8.00 pagi – 11.00 malam

Yuran Pendaftaran:
RM 558 (3 Gram Emas)

Alamat Sesawang:
http://www.cherenginhills.com/

Tarikh Seminar:
31 Mac 2017 - 2 April 2017 (Jumaat-Ahad)

Kursus JutawanEmas Leadership Training yang dianjurkan oleh Public Gold buat kali ke 16 bertemakan Membina Empayar Emas menjadi aktiviti saya sepanjang hujung minggu ini. Ini adalah kali pertama saya melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Public Gold semenjak menjadi Dealer Public Gold pada awal bulan januari 2017.

Kursus kali ini adalah kursus yang paling panjang tempoh masanya yang pernah saya hadiri. Bermula dari pukul 8.00 pagi dan berakhir sehingga tengah malam. Modulnya yang banyak ditambah pelbagai aktiviti menyebabkan tempoh masa berehat amat pendek berbanding dengan kursus lain.

Terdapat kira-kira 24 peserta (Dealer Public Gold) yang menghadiri kursus pada kali ini. Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberi nama mengikut nama negara. Nama kumpulan yang saya sertai adalah Finland. Ketua kumpulan dan pembantu dilantik secara rawak bagi mewakili kumpulan dan bertanggungjawab memastikan semua peserta menghadiri kelas pada waktu yang ditetapkan.

Kumpulan yang berjaya menjawab soalan dengan betul, memenangi suatu pertandingan yang dianjurkan akan mendapat ganjaran dalam bentuk duit kertas GC. Kumpulan yang memiliki jumlah wang GC yang terbanyak pada hari terakhir kursus diistihar sebagai pemenang dan diberi ganjaran berbentuk hadiah. Bagi cabaran individu, setiap peserta hanya perlu mendapatkan nama, nombor telefon dan bergambar dengan pelanggan sahaja sebagai rekod. Pemenang dikira berdasarkan siapa yang mendapat jumlah peserta yang terbanyak sepanjang waktu kursus. Pemenang utama mendapat hadiah berbentuk 0.5 gram emas.

31/03/2017: Berkampung Disini Selama 3 Hari 2 Malam
31/03/2017: Cantik Juga Permandangan Disini

31/03/2017: Bahagian Hadapan Hotel

31/03/2017: Lokasi Untuk Sesi Pertama ‘Ice Breaking’

31/03/2017: Lokasi Untuk Sesi Kedua ‘Ice Breaking’

31/03/2017: Berehat Sambil Menunggu

31/03/2017: Dalam Perjalanan Menuju Ke Padang Bagi Memulakan Sesi Pertama ‘Ice Breaking’

31/03/2017: Sesi Keluarkan Peluh

31/03/2017: Panas Juga Cuaca Disini

31/03/2017: Sesi Taklimat Dan Ceramah
31/03/2017: Kasi Urut Sikit

31/03/2017: Pukul 5 Petang Baru Daftar Masuk

31/03/2017: Permandangan Dari Bilik Hotelku

31/03/2017: Pengacara Tetap JLT

31 Mac - 02 April 2017: Sesi Perbincangan Bersama Mentor

31 Mac - 02 April 2017: ‘Facebook Marketing’ Dari Encik Zulkifli

31 Mac - 02 April 2017: Sesi Memperkenalkan Diri

31 Mac - 02 April 2017: ‘Membina Empayar Emas’ Dari Encik Syukor

31 Mac - 02 April 2017: Tulis Sasaran Anda

31 Mac - 02 April 2017: Sesi Ceramah Dari Puan Azizah ‘Mama’

31 Mac - 02 April 2017: Sesi Pembentangan ‘Impian Saya’

31 Mac - 02 April 2017: Pasukan Finland

31 Mac - 02 April 2017: Sesi Penyampaian Sijil Oleh Encik Syukor

02/04/2017: Bersama Penulis Buku Encik Zulkifli

02/04/2017: Sesi Bergambar Bersama 3 Mentor Public Gold

02/04/2017: Hanya Berjaya Dapat Seorang Sahaja Selama 3 Hari



Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dan bersyukur kerana dapat menghadiri kursus JLT pada kali ini walaupun ia amat meletihkan fizikal dan mental. 

Lokasi lawatan seterusnya adalah Riverside Janda Baik sebelum berangkat pulang ke rumah.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah:
Senarai Ringkas Artikel Berkaitan Pelaburan Emas