Jumaat, 13 Mac 2020

Padang Kota Damansara (Taman Kota @ PJ)

Padang Kota Damansara

Lokasi:
Padang Kota Damansara (Taman Kota @ PJ)

Alamat:
Persiaran Mahogani
Seksyen 4, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Masa Lawatan:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
06 Mac 2020 (Kali Ke-1)
15 Mei 2023 (Kali Ke-2)
22 Mei 2025 (Kali Ke-3)

 
Padang Kota Damansara menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini. Sudah lama ingin mengunjungi tempat ini, hanya baru sekarang berpeluang jejak kaki disini.
 
Taman Kota @ PJ atau lebih dikenali sebagai Padang Kota Damansara menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pada hari ini (lawatan kali kedua dan ketiga). Taman ini telah dinaiktaraf pada tahun 2022.

Khamis, 12 Mac 2020

Masjid Al-Azim

Masjid Al-Azim

Lokasi:
Masjid Al-Azim

Alamat:
Jalan Mufti Haji Khalil,
Bukit Palah,
75400 Melaka.

Masa Lawatan:
5.00 pagi - 11.00 malam

Alamat Sesawang:
http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/index.php

Tarikh Lawatan:
05 Mac 2020 (Kali Ke-1)
02 Oktober 2022 (Kali Ke-2)
28 Januari 2025 (Kali Ke-3)
 
 
Masjid Al-Azim menjadi lokasi persinggahan terakhir selepas mengunjungi Muzium Penjara Malaysia (kali pertama), Makam Hang Kasturi (kali kedua) dan Taman Costa Mahkota Street Food (kali ketiga).

Muzium Penjara Malaysia

Muzium Penjara Malaysia

Lokasi:
Muzium Penjara Malaysia

Alamat:
Jalan Parameswara,
Kampung Bandar Hilir,
75000 Melaka.

Masa Lawatan:
9.00 pagi - 5.00 petang (Selasa - Ahad)
Tutup (Isnin)

Harga Tiket:
Warganegara
RM 3 (Dewasa)
RM 1 (Kanak-Kanak)
Bukan Warganegara
RM 6 (Dewasa)
RM 3 (Kanak-Kanak)
Percuma (OKU & Kanak-Kanak Bawah 6 Tahun)

Tarikh Lawatan:
05 Mac 2020

Muzium Penjara Malaysia menjadi destinasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Portuguese Settlement. Mengikut rancangan asal, tempat ini tiada dalam senarai lokasi untuk dikunjungi atas sebab tidak mengetahui kewujudannya sehinggalah ternampak ketika dalam perjalanan menuju ke Kubu St. John.

Sebelum memulakan lawatan, penjaga tiket memaklumkan kepada saya tiada larangan untuk mengambil gambar dalam Muzium Penjara Malaysia kecuali di seksyen SEBATAN dan HUKUMAN GANTUNG. 

Rabu, 11 Mac 2020

Portuguese Settlement

Portuguese Settlement

Lokasi:
Portuguese Settlement

Alamat:
Perkampungan Portugis,
75050 Melaka.

Masa Lawatan:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
05 Mac 2020  

Portuguese Settlement yang terletak dipinggir Selat Melaka menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Kubu St.John. Kunjungan kali ini sekadar untuk melawat dataran yang menghadap laut Selat Melaka.

Kubu St. John

Kubu St. John

Lokasi:
Kubu St. John

Alamat:
Jalan Ujong Pasir,
75000 Melaka.

Masa Lawatan:
Tiada had masa yang ditetapkan

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
05 Mac 2020            

Kubu St. John yng terletak berdekatan bandar hilir Melaka, menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas melihat penyu di Pusat Konservasi & Penerangan Penyu.