Ahad, 31 Januari 2021

12 Kesilapan Penyimpan Emas

Kemaskini pada 09/02/2021
12 Kesilapan Penyimpan Emas

Berikut saya kongsikan 12 kesilapan biasa yang biasa dilakukan oleh penyimpan emas atau yang ingin menyimpan emas.
 
 
Kesilapan 1: Tunggu Harga Rendah
 
Kita tidak akan tahu bila harga emas dikatakan rendah selagi tidak mula membeli walaupun 1 gram. Beli dulu, tunggu kemudian itu cara yang betul. Setiap orang berbeza perspektif tentang bila dikatakan harga emas rendah atau murah. Ia bergantung pada penanda aras (benchmark) masing-masing.
 
Entri Berkaitan:
Simpanan Emas: Di Mana Untungnya?

Sabtu, 23 Januari 2021

Cara Mudah Kira Zakat Emas

Kadar Nisab 2021

Entri kali ini saya ingin kongsikan cara mengira zakat simpanan emas.

Kadar Nisab bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM 20,299 iaitu bersamaan dengan nilai 85 gram emas (20 Dinar). Bagi penyimpan emas, anda diwajibkan membayar zakat emas apabila simpanan emas mencecah 85 gram dan telah disimpan melebihi setahun (cukup haul).

Berikut adalah contoh bagaimana cara mengira berapa banyak zakat yang perlu dikeluarkan oleh pemilik emas.

Isnin, 18 Januari 2021

Masa Sesuai Jual Balik Emas

Masa Sesuai Jual Balik Emas

Bila Masa Sesuai Jual Balik Emas?

Ini adalah antara soalan yang sering menjadi tanda tanya bagi seorang penyimpan emas atau baru ingin membeli emas buat kali pertama.

Berikut saya kongsikan waktu sesuai untuk menjual kembali emas yang dimiliki.

Sebab 1: Berlakunya Kecemasan

Ketika mengalami kegawatan dari segi kewangan seperti kehilangan pekerjaan, kenderaan rosak dan sebagainya. Pada masa itu anda boleh memilih sama ada jual kembali emas yang ada untuk dapatkan wang tunai atau gadai untuk mendapatkan pinjaman segera. Pastikan anda hanya menjual atau gadai mengikut jumlah yang diperlukan sahaja.

Emas yang dijual ketika gawat perlulah diganti semula semasa dalam keadaan stabil dari segi kewangan. Kerana kita tidak tahu bila lagi akan berlakunya kegawatan pada masa hadapan.

Bertindak ikut keadaan dan keperluan. Sentiasa bersedia menghadapi hari yang mencabar ketika hari yang aman.

Entri Berkaitan:

Rabu, 13 Januari 2021

ATSKY Dine Chill Event

 ATSKY Dine Chill Event

Lokasi:
ATSKY Dine Chill Event
 
Alamat:
A-3A-08, Dataran Cascade,
Jalan PJU 5/21,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
 
Waktu Operasi:
8.00 pagi - 12.00 tengah malam (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
08 Januari 2021
 
ATSKY Dine Chill Event menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi untuk makan malam. Alang-alang sambut hari lahir seseorang, kita datang ke tempat yang menarik sikit untuk menjamu selera.

Isnin, 11 Januari 2021

KiP Mall Desa Coalfields

Bahagian Hadapan KiP Mall Desa Coalfields

Lokasi:
KiP Mall Desa Coalfields
 
Alamat:
Jalan DC 4/5,
Desa Coalfields,
47000 Sungai Buloh, Selangor
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://www.kipmall.com.my/
 
Tarikh Lawatan:
07 Januari 2021
 
KiP Mall Desa Coalfields menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas bersenam di Dragonfly Park pada awal pagi.