Khamis, 27 Januari 2022

Caruman Takaful: Ke Mana Ia Pergi?

Caruman Takaful: Ke Mana Ia Pergi?

Tahukah Anda?
 
Setiap kali sumbangan (caruman) dibuat oleh pemegang sijil. Fi Wakalah (caj pengurusan) akan ditolak (mengikut peratusan yang ditetapkan) dari sumbangan kasar dari setiap plan. Baki caruman akan diletakkan di dalam Dana Risiko Peserta (DRP) dan Dana Pelaburan Peserta (DPP).

Selasa, 25 Januari 2022

Kesilapan Kewangan (Pelaburan)

5 gram Bunga Mas Public Gold

Berikut adalah kesilapan kewangan yang sering dilakukan ketika melabur wang.
 
 
1. Tidak Melabur
 
Menyimpan tanpa melabur itu satu kerugian kerana pelaburan adalah salah satu cara mengekalkan kuasa beli wang yang disimpan untuk jangka masa panjang.
 
Pilih pelaburan yang anda selesa, suka dan ada ilmu tentangnya. Bukan semua pelaburan sesuai untuk semua orang. Bukan semua tahap risiko pelaburan sesuai untuk semua orang.
 
Entri Berkaitan:
Kenapa Perlu Saya Melabur?

Kenanga Wholesale City (KWC) Fashion Wholesale

Kenanga Wholesale City (KWC) Fashion Wholesale
Sumber: https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Kuala_Lumpur_Malaysia_Kenanga-Wholesale-City-02.jpg

Lokasi:
Kenanga Wholesale City (KWC) Fashion Wholesale
 
Alamat:
KWC Fashion Wholesale
No.2, Jalan Gelugor, Pudu
55200 Kuala Lumpur
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 7.00 malam (Ahad - Khamis)
10.00 pagi - 8.00 malam (Jumaat & Sabtu)
 
Alamat Sesawang:
https://www.kenangacity.com.my/en/
 
Tarikh Lawatan:
22 Januari 2022
 
Kenanga Wholesale City (KWC) Wholesale menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini bersama pasangan. Niat asal sebenarnya ingin ke pusat bandar tetapi tak jadi sebab ditutup untuk cegah perhimpunan.

Rabu, 19 Januari 2022

Kesilapan Kewangan (Menyimpan)

Kesilapan Kewangan (Menyimpan)

 

Berikut adalah kesilapan kewangan yang sering dilakukan ketika menyimpan wang.
 
 
1. Tidak Menyimpan Wang
 
Banyak sebab kenapa kita gagal menyimpan walaupun sedikit dari pendapatan yang diperolehi. Antara sebab yang biasa diberi adalah seperti berikut:
 
Pendapatan yang diterima dirasai tidak mencukupi untuk sara hidup apatah lagi untuk menyimpan…
 
Tidak merasakan pentingannya menyimpan demi masa hadapan. Biasanya terjadi kepada orang yang tidak memiliki impian dan matlamat yang jelas...
 
Tidak mampu untuk menahan, menangguh atau mengorbankan keinginan masa sekarang demi memenuhi keinginan di masa hadapan…
 
Dan pelbagai alasan lagi untuk mewajarkan tindakan untuk tidak menyimpan. Kita boleh memberi seribu satu sebab untuk tidak menyimpan. Semua sebab itu adalah betul dan benar. Tetapi sebab itu tidak mengubah apa-apa pun dalam kehidupan kita di masa hadapan.
 
Kalau Tak Mampu Mengorbankan Kesenangan Pada Masa Kini. Maka Bersedialah Untuk Mengorbankan Kesenangan Pada Masa Hadapan
 
Rahsia menjadi penyimpan yang berjaya adalah dengan hidup di bawah kemampuan. Selagi tidak mampu melakukannya. Maka menyimpan itu hanya tinggal angan-angan sahaja.

Isnin, 17 Januari 2022

Kesilapan Kewangan (Insurans)

Kemaskini pada 27/01/2022

Kesilapan Kewangan (Insurans)

Berikut adalah kesilapan kewangan yang sering dilakukan berkaitan dengan Insurans @ Takaful.

 
1. Tiada Takaful Hayat
 
Tidak mengambil sebarang polisi takaful hayat mendedahkan waris kepada kesukaran untuk meneruskan hidup dengan selesa. Terutama yang bergantung hidup dengan kita dari segi kewangan apabila berlakunya kecelakaan terhadap diri sendiri.
 
Dengan takaful, kita dapat mengelak waris berada dalam keadaan meminta-minta atau menagih belas kesian orang lain selepas ketiadaan kita nanti.

Entri Berkaitan:

 
2. Tiada Kad Perubatan
 
Tidak mengambil sebarang polisi takaful yang melibatkan kad perubatan akan mendedahkan kita dengan masalah (dari segi kewangan) ketika mengalami kecederaan atau ditimpa penyakit yang perlu dirawat di hospital. Kos rawatan bukan murah sekarang ini (bergantung kepada tahap kecederaan).
 
Bukan semua jenis rawatan ditanggung sepenuhnya oleh hospital kerajaan (kos perubatan). Ada kos yang perlu kita bayar sendiri tau.
 
 
3. Melanggani Polisi Takaful Hayat Yang Salah
 
Mengambil polisi takaful yang salah itu satu kerugian. Terutama dari sudut kewangan. Duit melayang, apa yang diharapkan pun tak dapat.
 
Kita mengambil takaful demi kepentingan diri atau waris. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita memastikan waris dapat apa yang sepatutnya selepas ketiadaan kita.
 

4. Melanggani Insurans Bukan Takaful
 
Mengambil polisi insurans konventional bagi orang islam itu haram dan berdosa terutama apabila ada pilihan lain yang halal seperti takaful.
 
Melanggan takaful memberi kita pahala bersedekah yang berpanjangan. Pahala membantu orang yang berada dalam kesusahan sambil kita juga dibantu apabila memerlukan.
 
 
5. Jumlah Perlindungan Takaful Terlalu Kecil
 
Adalah satu kerugian apabila anda melanggani polisi takaful yang memberi jumlah perlindungan (pampasan) yang terlalu kecil.
 
Kesian pada waris yang ditinggalkan dengan pampasan yang tidak seberapa yang sekadar mampu menanggung kos sara hidup mereka bagi tempoh masa yang terlalu singkat.
 
 
6. Melanggani Takaful Tak Penting
 
Bukan semua jenis takaful perlu dilanggani. Mengambil takaful yang yang tak perlu @ penting hanya membazirkan wang sahaja. Terutama yang memberi pampasan yang tidak setimpal.
 
Baik guna sahaja duit yang ada untuk menyelesaikan masalah yang ada, dari melanggani polisi takaful untuk menyelesaikan masalah tersebut. Lagi berbaloi.
 

 
Mengambil takaful hayat itu satu keperluan tetapi boleh menjadi satu pembaziran apabila tidak menepati keperluan. Utamakan yang penting dahulu. Ada bajet lebih baru ambil yang sampingan.
 
Berbelanja dengan bijak. Kerana sumber yang kita ada amatlah terhad.


Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Ejen Etiqa Family Takaful