Rabu, 4 April 2018

5 Langkah Menuju Kebebasan Kewangan (1. Urus Bajet)

Sumber: Yahoo Image

Pada artikel yang lepas saya menyentuh sedikit sebanyak tentang maksud Kebebasan Kewangan (Finance Freedom) dari sudut kewangan. Artikel kali ini saya bercerita tentang langkah pertama yang perlu diambil oleh kita ke arah mencapai kebebasan kewangan.

Mengetahui dengan jelas setiap urusan keluar masuk duit adalah pra syarat utama sebelum kita memulakan langkah menuju ke kebebasan kewangan. Dari situ kita akan nampak dengan jelas keadaan kewangan semasa sama ada dalam keadaan sihat atau pun tidak.

Dalam tempoh sebulan…

Berapa banyak pendapatan yang diperolehi?
Berapa banyak hutang yang dimiliki?
Berapa banyak pendapatan yang mampu disimpan?
Berapa banyak pembelanjaan yang perlu dikeluarkan?

Dan sebagainya…

Semua persoalan di atas akan terjawab dengan adanya rekod yang dikenali sebagai Belanjawan/ Bajet.

Dengan bajet juga kita dapat mengetahui dengan jelas adakah pendapatan yang kita perolehi mencukupi untuk menampung kos sara hidup seharian.

“Hanya ada dua langkah yang boleh diambil sekiranya pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup iaitu kurangkan belanja atau tambahkan pendapatan”

Kenapa kita perlu menyediakan bajet peribadi?
Kenapa kita perlu merancang dengan baik semasa menyediakan bajet?
Kenapa kita perlu berdisplin dalam mengikut perancangan yang ditetapkan dalam bajet?

Kerana setiap dari kita memiliki sumber yang terhad. Oleh itu amat penting kita merancang sebaik-baiknya dalam menghadapi masa depan yang tak pasti.

“Orang yang gagal merancang, merancang untuk gagal”

Bagaimana membina bajet yang berkesan?
Ia bergantung dengan keperluan setiap individu. Sebuah bajet yang baik perlu dipecahkan mengikut peratusan seperti dibawah:

10% untuk simpan (minimum)
05% untuk insuran (perlindungan)
85% untuk keperluan yang lain (merangkumi keperluan dan kehendak)

Diharap agar artikel ini dapat membantu anda memahami akan pentingnya membina bajet supaya kita tahu dimanakah kedudukan kita dalam kewangan.


Bersambung ke artikel seterusnya: