Jumaat, 6 April 2018

5 Langkah Menuju Kebebasan Kewangan (5. Pelaburan)

Sumber: Yahoo Image

Pelaburan adalah langkah terakhir yang perlu diambil dalam mencapai status Kebebasan Kewangan. Sebelum kita bercerita secara lebih mendalam tentang pelaburan, mari kita imbas balik senarai semak yang perlu diikuti untuk mencapai cita-cita mengecapi Kebebasan Kewangan.

Perjalanan Menuju Kebebasan Kewangan**

Matlamat*:
Memiliki Simpanan Tunai Sebanyak RM 1.2 Juta di ASB @ TH

Sumber*:
Memiliki pendapatan pasif sekurang-kurangnya RM 4,000 sebulan (Dividen dari ASB @ TH)

Senarai Semak:
Langkah 1: Sediakan Bajet
Langkah 2: Selesaikan Hutang ‘Jahat’
Langkah 3: Jana Pendapatan Tambahan
Langkah 4: Simpan Sambil Melabur

Dimanakah anda sedang berada sekarang ini?
Tahniah diucapkan sekiranya anda berjaya sampai ke Langkah 4.

Catatan Tambahan
*Sila tetapkan sendiri matlamat yang ingin dicapai
**Sekadar contoh perancangan menuju ke kebebasan kewangan

Sebelum terlibat dalam pelaburan, terlebih dahulu kita perlu mengetahui beberapa pekara bagi mengelak atau mengurangkan kerugian dalam pelaburan.

“Dalam Pelaburan Rugi Itu Pasti, Untung Belum Tentu”

Panduan dan Tips Sebelum Melabur

      1.      Pastikan sumber pelaburan datang dari lebihan duit yang tidak ingin digunakan dalam masa terdekat.
      2.      Pastikan Dana Kecemasan telah tersedia sebelum mulakan pelaburan. Sila pastikan dana kecemasan 
            dilaburkan dalam pelaburan risiko rendah dan mudah dicairkan pada bila-bila masa yang diperlukan (seperti 
            dalam Emas, Amanah Saham dan Tabung Haji). Dana kecemasan perlu dilaburkan untuk mengekalkan 
            nilai@kuasa pembeli.
      3.      Pastikan sumber pelaburan bukan datang dari dana kecemasan bagi mengelakkan kerugian.
      4.      Kenalpasti jenis pelaburan yang ingin diceburi. Mulakan pelaburan dengan ilmu terlebih dahulu (memahami 
            selok-belok dalam pelaburan itu penting untuk mengurangkan kerugian sambil memaksimumkan keuntungan)
      5.      Kenalpasti tahap risiko suatu pelaburan itu. Lagi tinggi risiko, lagi tinggi keuntungan dan begitu sebaliknya.
      6.      Sila pastikan keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan melebih kadar inflasi tahunan   
      7.      Jangan melabur menggunakan duit pinjaman.

Disini disertakan beberapa jenis pelaburan yang boleh dipertimbangkan
Jenis Pelaburan:

(1) Amanah Saham/ Unit Trust
Contoh: Amanah Saham Bumiputra (ASB)

Kaedah: 
Pengurus amanah akan menguruskan pelaburan bagi pihak pencarum
Tahap Risiko: 
Rendah
Keuntungan: 
Dividen/ Penambahan Unit @ Jual Beli (bagi unit amanah bukan harga tetap)
Kos: 
Caj jualan balik unit (bergantung kepada jenis unit amanah)
Kelebihan: 
Keuntungan Yang Konsisten (Stabil)
Kekurangan: 
Keuntungan Yang Rendah

(2) Hartanah Fizikal

Kaedah: 
Sewa atas Sewa, Beli dan Sewa @ Beli dan Jual
Tahap Risiko: 
Rendah ke Tinggi
Keuntungan: 
Melalui Sewaan @ Proses Jualbeli
Kos: 
Bayaran Pendahuluan, Caj Pembelian@Jualan, Interest Bulanan, Caj Khidmatn Peguam dan lain-lain kos tersembunyi
Kelebihan: 
Keuntungan yang Konsisten (melalui sewaan)
Kekurangan: 
Kos permulaaan yang amat tinggi. Perlu modal yang banyak untuk menceburi bidang hartanah.

(3) Deposit Tetap (Fixed Deposit)

Kaedah: 
Simpan melalui deposit tetap di bank
Tahap Risiko: 
Rendah
Keuntungan: 
Melalui Pembagian Dividen/ Penambahan Unit
Kos: 
Tiada (bergantung kepada polisi bank)
Kelebihan: 
Keuntungan yang konsisten/tetap. Boleh dijadikan sebagai cagaran untuk membuat pinjaman bank.
Kekurangan: 
Dividen yang rendah

(4) Pasaran Saham

Kaedah: 
Membeli saham di pasaran saham
Tahap Risiko: 
Sederhana ke Tinggi
Keuntungan: 
Dividen/ Penambahan Unit dan Jual Beli
Kos: 
Caj buka akaun dan caj jualan balik saham
Kelebihan: 
Boleh menjana keuntungan yang tinggi dalam masa singkat
Kekurangan: 
Boleh mengalami kerugian besar dalam masa singkat

(5) Komoditi Fizikal
Contoh: Emas Fizikal

Kaedah: 
Beli dan Simpan
Tahap Risiko: 
Rendah
Keuntungan: 
Jual Beli
Kos: 
GST dan kos-kos lain
Kelebihan: 
Memilikinya secara mutlak/ sepenuhnya
Kekurangan: 
Risiko kehilangan, kerosakan dan ketidaktentuan harga

Tujuan utama melabur adalah untuk mengembangkan aset yang dimiliki. Mencapai kebebasan kewangan hanyalah sebagai langkah permulaan dalam mencapai impian hidup yang kita inginkan.

“Jangan berbicara tentang Pelaburan sekiranya anda tiada Simpanan. Jangan berbicara tentang Simpanan sekiranya anda tiada Pendapatan”

Tetapkan impian dengan anggapan masa dan wang bukan halangan. Ia akan menjadikan hidup ini bermakna.

“Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan ke atas diri sendiri”

Diharap agar artikel ini dapat memberi panduan kepada anda dalam mengecapi Kebebasan Kewangan. Jangan biarkan wang jadi penghalang anda untuk mencapai impian yang diingini.