Khamis, 5 April 2018

5 Langkah Menuju Kebebasan Kewangan (3. Jana Pendapatan Tambahan)

Sumber: Yahoo Image

Pada artikel yang lepas kita menyentuh sedikit sebanyak tentang pengurusan hutang. Fokus utama kita adalah bagi menyelesaikan hutang jahat terlebih dahulu. Selagi hutang masih ada, selagi itu proses menyimpan akan menjadi amat perlahan. Disini pentingnya kita mempunyai Pendapatan Tambahan.

Apa yang dimaksudkan dengan pendapatan tambahan?
Pendapatan tambahan bererti pendapatan yang diperolehi selain daripada pendapatan tetap.

Apakah ciri-ciri pendapatan tambahan?
Kebiasaannya sumber kewangan dari pendapatan tambahan tidak bersifat kekal. Ia hanya diperolehi dalam keadaan tertentu sahaja. Dengan erti lain tiada jaminan untuk memperolehinya pada setiap masa. Oleh itu ia menjadi sumber yang sesuai untuk melunaskan hutang yang ada tanpa menganggu kehidupan harian.

Dari mana sumber pendapatan tambahan diperolehi?
Ia boleh diperolehi dari pelbagai sumber seperti bonus tahunan, insentif dan kerja lebih masa (OT) dan juga perniagaan yang dijalankan secara separuh masa (Partime).

Tips dan panduan dalam memulakan perniagaa secara separuh masa

      1.      Kenalpasti kemahiran yang ada untuk ditawarkan kepada bakal pelanggan.
      2.      Kenalpasti perniagaan yang anda suka lakukan dan ada permintaan dipasaran.
      3.      Melabur ke dalam diri sendiri untuk meningkatkan kemahiran dan ilmu (dengan  
       menghadiri seminar, membaca buku dan sebagainya).
      4.      Mulakan perniagaan dengan menggunakan sumber yang ada ditangan (Jangan Berhutang).
      5.      Mulakan perniagaan dengan menjadi ejen kepada syarikat lain supaya anda mendapat       
      bimbingan dan ilmu yang betul.

Sekiranya anda masih tiada idea untuk memulakan perniagaan. Sila lawati blog Hidup Ringkas bagi mendapatkan idea untuk memulakan perniagaan dengan kos yang minimum berserta panduan tentang perniagaan.

“Perancangan yang terbaik sekalipun akan menjadi sia-sia tanpa disertakan dengan tindakan yang betul (ikut perancangan). Rahsianya adalah displin dan konsisten.”

Diharap agar artikel ini dapat membantu anda mendapatkan idea bagi menyelesaikan hutang yang ada dalam tempoh yang singkat dengan menggunakan pendapatan tambahan.


Bersambung ke artikel seterusnya: